Friday, December 27, 2013

Penang Bridge International Marathons 2013 - Acara Larian Pertamaku

Ini cerita lama tapi memandangkan blog ini baru dibuat jadi aku masukkan jugak sebagai memori kenangan pertama aku. 

Ok, Penang Bridge International Marathons 2013 (PBIM) dah pun berlansung pada 17hb November, 2013, Ini adalah event larian pertama aku. Acara yang aku sertai hanyalah Fun Run 10km (daftar last minute, ini je sempat). Aku dah tau event ini awal lagi tapai memandangkan jarak 10km paling sikit, So, aku cuak2 jugak nak sertai.. Iyelah, sebelum ni aku cuma berlari suka2 je..itupun dalam lingkungan bawah 5km je..tak terfikir plak dapat berlari sejauh 10km.

Keyakinan
Macam mana aku dapat keyakinan nak join event ni? Ia bermula pada hari hujung minggu yang aku pun tak ingat. Saja2 nak try berlari selama mana yang mampu..berpandukan pada software RunKeeper yang aku download pada handphone Samsung Galaxy Ace, taksangka aku dapat berlari sejauh 10km pada hari tu. Jadi, bermula dsini aku yakin mampu sertai event PBIM ni. Memandangkan event pun dekat rumah mertua di Penang, aku pn berani2 join dgn ajak adik ipar aku skali. Mujurlah dia pun ok untuk join skali. Ada la jgk teman.

Hari Larian
Hari event pada hari Ahad. Aku dgn wife dah smpai di rumah mertua pada hari Sabtu. Sebelum ni, aku  pun belum tahu apa itu istilah "Carbs Loading" - iaitu makan sumber karbohidrat sebanyak mungkin sehari sebelum hari perlumbaan untuk memberi tenaga masa larian". Aku mcm biasalah, makan dengan saranan Kevin Zahri iaitu segengam nasi je. Di pagi hari larian tu pukul 4.30 pagi dah bangun. Dalam 5.30 sampai di jeti Butterworth, masuk ke island ikut feri sebab jambatan dah tutup dari pukul 1.00 pagi lagi. Sampai di jeti, kereta punya la banyak sampai beratur panjang untuk masuk ke feri, cuak2 jugak dalam hati nie..dah pukul6.00 beratur, kereta tak gerak pun. Last, kitaorg ambik keputusan park je kereta di jeti Butterworth lepas tu masuk island dengan berjalan je lagi senang. Sampai je di jeti kt island sana, kami terus naik bas yang disediakan untuk ke Queen Bay (QB) tempat event.

Acara Fun Run dilepaskan pada pukul7.00 pagi, aku dengan adik ipar sampai 7.05 minit, dah lewat..turun dari bas kami terus lari2 anak, dekat di starting line dah nampak peserta2 Fun Run dilepaskan. Kitaorang apa lagi terus kejarla. Dengan beg kasut & spek mata yg taksempat nak simpan..terus kejar peserta2 yang lain. Dalam keadaan yang totally tak bersedia lansung...berlari memang mengecewakan. Kebanyakkan peserta2 dibelakang nie jalan2 je..jenuh jugakla kitaorang main cilok2. Lari terus lari lagi..perut pulak rasa lapar gila...maklumlah, carbs load takbuat..minum air je. Dekat 5km berlari..perut rasa macam kejang..pergh..hampeh..takpenah plak jadi sebelum ni..terpaksa jalan plak..aduh..duk tgk jam pukul 8.00 dah..dalam hati duk pikir..sempat ke tak nak habiskan larian dalam qualified time 1jam 30 minit untuk melayakkan dapat sijil. Jalan pun jalan laju2 la...lepas rasa kurang kejang perut..aku lari balik...lari punya lari..rasa macam jauh pulak 10km nie...bila la nak nampak Finish Line...mungkin disebabkan rasa cuak2..1st time join event...keadaan tak bersedia buatkan rasa jauh..nevermind...lari je...

Akhirnya, nampak dah Finish Line..Fuh, tgk jam hampir 1jam 15minit dah masa berlalu..ada lagi 15minit je untuk qualified time tamat. Aku terus berlari dengan lagi..akhirnya aku cross Finish Line..10km untuk 1jam 20minit...hampeh...rekod aku paling terukk..hahaha.. Adik ipar aku dah tunggu di Finish Line..dia lagi awal sampai...Anyway, aku dapat jugak sijil...huhu~ boleh buat tunjuk kt bini membuktikan berjaya habiskan larian..hehe..fuh..panjang siut tulisan nie...wapun dpendekkan...hehe

Pengajaran
Macam mana pun ada benda yang dapat belajar dalam event pertama ni :-

1) Bangun mesti awal dan sampai 1jam awal.
2) Buat Carbs loads.
3) Kalau event kt Penang lagi next time, masuk island ikut feri dengan berjalan..lagi selamat.
4) Simpan je beg dalam kereta..kalau dah rasa lambat.
5) Cuba dapatkan place di depan masa larian..untuk mengelak kesesakkan peserta.
6) Lari dengan pace yg selesa..jangan terkejar2..nanti semput cepat (for beginner like me).

Sekian jumpa lagi..

                                            Kenangan pertama...aku dengan adik ipar..our 1st event..


.

1 comment:

  1. Coin Casino: €500 Bonus + 200 Free Spins - CasinoWow
    We've been providing you with hundreds of fantastic casino games for over a decade. 바카라 사이트 Get €500 in free spins 인카지노 plus 메리트 카지노 200 bonus spins on all Slots and Table Games.

    ReplyDelete