Friday, December 13, 2013

Mukadimah

Hampir satu tahun usaha menurunkan berat badan aku dilakukan. Bermula dengan mengawal pengambilan kalori kemudian diikuti larian ringan (berjoging) dalam 1km hingga 2km. Ini semua setelah aku mengenali Kevin Zahri (http://kevinzahri.com). Alhamdulillah, hampir setiap bulan berat badan dapat diturunkan hingga sekarang 70kg. Dalam proses penurunan berat badan inilah aku menjadi semakin aktif dan berminat dalam sukan larian. Dulunya 1km atau 2km pun sudah cukup membuatkan aku separuh nyawa, sekarang 5km pun takde masalah. Setiap sesi larian aku akan berlari dengan jarak 10km tetapi masih dalam average pace yang slow. Macamana pun, boleh dibanggakan untuk diri aku sendiri.

Sengaja aku men'create'kan blog ini supaya dapat berkongsi dengan runners yang lain atau mungkin cuba memberi motivasi pada yang sesiapa sedang cuba menurunkan berat badan. Buat masa ini, Penang International Marathon 2013 adalah event pertama yang aku sertai itupun Fun Run 10km, alhamdulillah, aku berjaya menamatkan larian hingga ke Finish line. Tahun 2014, adalah tahun sedang aku rangka untuk sertai event2 larian di setiap Penang & Perak. Setakat 2 negeri ni je yang mampun pergi setakat ni, maklumlah gaji pun takde la besar mana. Sekurangnya, aku sentiasa ingin mencabar diri stakat yang termampu. Cita-cita aku tahun 2014, untuk sertai Full Marathon 42km di Penang International Marathon 2014 dan mendapatkan Finisher Medal & T-Shirt. Besar cita-cita ni untuk Beginner macam aku.

Akhir mukadimah, Jom Berlari untuk Sihat.

No comments:

Post a Comment