Friday, December 27, 2013

Mendaki Bukit Semarak di Sungai Petani, Kedah

Post kali ni..bukan pasal larian tapi pasal mendaki plak..
Mendaki adalah aktiviti yang best untuk dilakukan sekali skali..boleh tingkatkan stamina ni..

Ok, minggu lepas 22hb November, 2013, adik ipar aku la ajak 'panjat bukit' (ayat oghang kedah)..katanya di Sungai Petani. Hrm..best jugak nie..slalu berlari je..skali skala tukar aktiviti layan jugak..Awal2 pagi pukul 7.30 aku dengan adik ipar bergerak la dari rumah di Kampung Pasir Gebu, Penang. Ikut jalan dalam (jalan kampung2)..lebih kurang setengah jam sampai la di Bukit Semarak.

Bukit Semarak
Bagi sesapa yang tinggal di Sungai Petani mungkin tahu la tempat ni. Aku tak tahu pun sebenarnya, nak pergi ke Bukit Semarak ni kena masuk melalui Taman Semarak, then sampai di penghujung taman..nampakla satu bukit yang ada TNB Tranmission Line. Ketinggian takda tinggi sangat tapi okla untuk test stamina..kalau stamina yang steady tu..lari naik turun pun takda masalah.

Warm-up & stretching
Sampai je di kaki bukit ni tengok ramai jugakla pakcik2..makcik2 & budak2 sekolah. Aku pun mula warm-up & stretching kan diri sambil duk tengok ketinggian bukit. Dalam hati "Uish...kalau mendaki sambil berlari ni boleh tahan semput nie"...anyway, excited nak test stamina. Tiba2 adik ipar aku mintak dah cari toilet plak. sakit perut katanya...So, terpaksa la aku naik sorang2 dulu. Nevermind, aku naik dulu. Tengah2 duk warm-up tu ada sorang pakcik dengan anak dia dalam lingkungan form 4 atau 5 kot. Tegur "Dah naik ke?"..aku pun jawab "Belum lagi..duk warm-up dulu"..lepas tu masing2 balas senyum..

Mendaki ala2 slow jog
Selesai je sesi memanaskan badan dalam 15 minit, aku pun on heart rate monitor di tangan dengan Sport Tracker di handphone...aku mula slow jog mendaki bukit..Pergh..baru dalam 10minit pertama..terus aku menafas laju...macam buat High Intensity Interval Training (HIIT) daaa..tengok heat rate monitor di tangan..Fuh~ dah hit sampai 90%...It ok...aku terus lagi jog slow2..skali skali brenti sekejap...sampai dekat satu level yang orang boleh rest aku nampak sorang pakcik dengan anak dia tadi...sambil berjalan2 then berenti..hehehe...aku dengan bangga nya memintas mereka..tiba2 rasa bangga dengan stamina yang aku dapat dengan berlari selama nie...diorang usha je aku..

Puncak bukit
Lebih kurang 10 minit kemudian, aku pun sampai di puncak bukit nie..betul2 bawah TNB Tranmission Line..restla...letih siut..dengan kaki pun rasa longgar2 dah..yela..dah lama tak mendaki bukit..sempat jugak la aku ambik 2 keping photo kt sini..suasana syok jugak...sejuk...berangin...fresh...berkabus sedikit & pemandagan perumahan di Sungai Petani.

Sekitar di puncak bukit

Lagi pemandangan di Bukit Semarak

Turun bukit
10 minit lepas tu, adik ipar aku pun sampai dalam keadaan slow jog..uish boleh tahan jugak dia nie..pastu kitaorang pun terus berlari slow2 trun bukit..bab menurun bukit ni pun boleh tahan la...aku tak berapa biasa sangat...trun slow2 je..adik ipar aku trun dengan laju siut...dalam hati aku..kalau selalu naik bukit camnie..kaki boleh jadi kuat nie...takda masalah nak lari Full Marathon punya..15 minit pastu terus sampai kt bawah balik...Adik ipar aku tnya, "nak try skali lagi ke?" aku cakap next time lah..nie 1st time aku panjat bukit..nanti kang terkejut pulak badan aku...seblum balik singgah kat gerai dalam Taman Semarak, layan nasik lemak plak...fuh best..

Apa2 pun posing dulu...


Tengok total distance lebih kurang 5km (je)...kalori burned lebih kurang 600kalori...heart rate hit maksimum..hurmmm..boleh tahan..next time duk pikir nak buat turun naik plaklah dalam lebih kurang 3 round...hehe..

p/s: Kan syok kalau belakang rumah aku ada bukit nie..huhu

Penang Bridge International Marathons 2013 - Acara Larian Pertamaku

Ini cerita lama tapi memandangkan blog ini baru dibuat jadi aku masukkan jugak sebagai memori kenangan pertama aku. 

Ok, Penang Bridge International Marathons 2013 (PBIM) dah pun berlansung pada 17hb November, 2013, Ini adalah event larian pertama aku. Acara yang aku sertai hanyalah Fun Run 10km (daftar last minute, ini je sempat). Aku dah tau event ini awal lagi tapai memandangkan jarak 10km paling sikit, So, aku cuak2 jugak nak sertai.. Iyelah, sebelum ni aku cuma berlari suka2 je..itupun dalam lingkungan bawah 5km je..tak terfikir plak dapat berlari sejauh 10km.

Keyakinan
Macam mana aku dapat keyakinan nak join event ni? Ia bermula pada hari hujung minggu yang aku pun tak ingat. Saja2 nak try berlari selama mana yang mampu..berpandukan pada software RunKeeper yang aku download pada handphone Samsung Galaxy Ace, taksangka aku dapat berlari sejauh 10km pada hari tu. Jadi, bermula dsini aku yakin mampu sertai event PBIM ni. Memandangkan event pun dekat rumah mertua di Penang, aku pn berani2 join dgn ajak adik ipar aku skali. Mujurlah dia pun ok untuk join skali. Ada la jgk teman.

Hari Larian
Hari event pada hari Ahad. Aku dgn wife dah smpai di rumah mertua pada hari Sabtu. Sebelum ni, aku  pun belum tahu apa itu istilah "Carbs Loading" - iaitu makan sumber karbohidrat sebanyak mungkin sehari sebelum hari perlumbaan untuk memberi tenaga masa larian". Aku mcm biasalah, makan dengan saranan Kevin Zahri iaitu segengam nasi je. Di pagi hari larian tu pukul 4.30 pagi dah bangun. Dalam 5.30 sampai di jeti Butterworth, masuk ke island ikut feri sebab jambatan dah tutup dari pukul 1.00 pagi lagi. Sampai di jeti, kereta punya la banyak sampai beratur panjang untuk masuk ke feri, cuak2 jugak dalam hati nie..dah pukul6.00 beratur, kereta tak gerak pun. Last, kitaorg ambik keputusan park je kereta di jeti Butterworth lepas tu masuk island dengan berjalan je lagi senang. Sampai je di jeti kt island sana, kami terus naik bas yang disediakan untuk ke Queen Bay (QB) tempat event.

Acara Fun Run dilepaskan pada pukul7.00 pagi, aku dengan adik ipar sampai 7.05 minit, dah lewat..turun dari bas kami terus lari2 anak, dekat di starting line dah nampak peserta2 Fun Run dilepaskan. Kitaorang apa lagi terus kejarla. Dengan beg kasut & spek mata yg taksempat nak simpan..terus kejar peserta2 yang lain. Dalam keadaan yang totally tak bersedia lansung...berlari memang mengecewakan. Kebanyakkan peserta2 dibelakang nie jalan2 je..jenuh jugakla kitaorang main cilok2. Lari terus lari lagi..perut pulak rasa lapar gila...maklumlah, carbs load takbuat..minum air je. Dekat 5km berlari..perut rasa macam kejang..pergh..hampeh..takpenah plak jadi sebelum ni..terpaksa jalan plak..aduh..duk tgk jam pukul 8.00 dah..dalam hati duk pikir..sempat ke tak nak habiskan larian dalam qualified time 1jam 30 minit untuk melayakkan dapat sijil. Jalan pun jalan laju2 la...lepas rasa kurang kejang perut..aku lari balik...lari punya lari..rasa macam jauh pulak 10km nie...bila la nak nampak Finish Line...mungkin disebabkan rasa cuak2..1st time join event...keadaan tak bersedia buatkan rasa jauh..nevermind...lari je...

Akhirnya, nampak dah Finish Line..Fuh, tgk jam hampir 1jam 15minit dah masa berlalu..ada lagi 15minit je untuk qualified time tamat. Aku terus berlari dengan lagi..akhirnya aku cross Finish Line..10km untuk 1jam 20minit...hampeh...rekod aku paling terukk..hahaha.. Adik ipar aku dah tunggu di Finish Line..dia lagi awal sampai...Anyway, aku dapat jugak sijil...huhu~ boleh buat tunjuk kt bini membuktikan berjaya habiskan larian..hehe..fuh..panjang siut tulisan nie...wapun dpendekkan...hehe

Pengajaran
Macam mana pun ada benda yang dapat belajar dalam event pertama ni :-

1) Bangun mesti awal dan sampai 1jam awal.
2) Buat Carbs loads.
3) Kalau event kt Penang lagi next time, masuk island ikut feri dengan berjalan..lagi selamat.
4) Simpan je beg dalam kereta..kalau dah rasa lambat.
5) Cuba dapatkan place di depan masa larian..untuk mengelak kesesakkan peserta.
6) Lari dengan pace yg selesa..jangan terkejar2..nanti semput cepat (for beginner like me).

Sekian jumpa lagi..

                                            Kenangan pertama...aku dengan adik ipar..our 1st event..


.

Friday, December 13, 2013

Mukadimah

Hampir satu tahun usaha menurunkan berat badan aku dilakukan. Bermula dengan mengawal pengambilan kalori kemudian diikuti larian ringan (berjoging) dalam 1km hingga 2km. Ini semua setelah aku mengenali Kevin Zahri (http://kevinzahri.com). Alhamdulillah, hampir setiap bulan berat badan dapat diturunkan hingga sekarang 70kg. Dalam proses penurunan berat badan inilah aku menjadi semakin aktif dan berminat dalam sukan larian. Dulunya 1km atau 2km pun sudah cukup membuatkan aku separuh nyawa, sekarang 5km pun takde masalah. Setiap sesi larian aku akan berlari dengan jarak 10km tetapi masih dalam average pace yang slow. Macamana pun, boleh dibanggakan untuk diri aku sendiri.

Sengaja aku men'create'kan blog ini supaya dapat berkongsi dengan runners yang lain atau mungkin cuba memberi motivasi pada yang sesiapa sedang cuba menurunkan berat badan. Buat masa ini, Penang International Marathon 2013 adalah event pertama yang aku sertai itupun Fun Run 10km, alhamdulillah, aku berjaya menamatkan larian hingga ke Finish line. Tahun 2014, adalah tahun sedang aku rangka untuk sertai event2 larian di setiap Penang & Perak. Setakat 2 negeri ni je yang mampun pergi setakat ni, maklumlah gaji pun takde la besar mana. Sekurangnya, aku sentiasa ingin mencabar diri stakat yang termampu. Cita-cita aku tahun 2014, untuk sertai Full Marathon 42km di Penang International Marathon 2014 dan mendapatkan Finisher Medal & T-Shirt. Besar cita-cita ni untuk Beginner macam aku.

Akhir mukadimah, Jom Berlari untuk Sihat.